11/09/16

TRAIN TO BUSAN @ anniversary ke 18

pada awalnya, aku merancang tengok filem ni secara berdua ngan bini aku. kononnya nak menyambut anniversary kami dua yang ke 18. plan punya plan, akhirnya tak menjadi kepada plan asalnya. kami pi semua, satu keluarga sejumlah lapan orang. 

setiap tahun kami dua sambut ulang tahun perkahwinan kami disetiap raya aidiladha dengan korban satu bahagian setiap tahun dan kalau sempat masa , kami dua ambik peluang pi tengok wayang. tahun lepas...perancangan menjadi kami berdua sahaja. tahun ni ahli yang nak nyebok ramai, dan akhirnya semua pi. 


                                               

ulasan cerita ni....

boleh la, aku bagi 4 bintang...nak kata ada sedih, action dan lawak pun ada. bini aku pun macam biasa ada leleh ayaq mata jugak kat saat saat nak habis masa pilem tu. anak anak yang lain , depa tak dak kerja lain melainkan pop corn la,  habis dimulut suap, habis ..suap sampai habis.

aku memang tak tau bahawa, pilem ni adalah pilem korea. pada andaian aku pilem ni pilem action karya holiwut. so...menarik jugak. dengan kisah zombie, kisah sedih sebagai ayah dan macam macam lagi lah. nak komeng lebih pun, hanya setahun sekali tengok wayang, padan lah.




anak dara aku cukup kenai pelakon pelakon ni... Gong Yoo, Kim Su-an, Jung Yu-mi, Ma Dong-Seok dan Kim Chang-Hwan , aku sorang pun tak kenai.

dah cukup.....

syukur alhamdulillah...