1/09/16

MANA DIA SAIZ XXXL @ ho chi minh

Satu yang amat aku pelik dalam hari kedua di veitnam adalah ........................ tak jumpa orang tempatan  gemok. Semua selim melim. Mana pi habis depa ni. Dah 24 jam aku round round.... memang tak nampak pun. Kut sembunyi diri ka.

Heran bin ajaib... teringin jugak nak ambik gambaq ngan depa...haha. tak berani. Lelaki pemalu haluan kanan. Patut padan ambik ngan anak patung ni pun cukup.

Ulasan aku kat veitnam setakat 24 jam ni.. orang vietnam nampak displin sikit daripada orang siam antaranya pakai helmet naik mutu, kebersihan ada mutu sikit kat depa...kalau kat siam aku bagi markah 60 % , kat sini 75 % pun dah ok dah. Kita pulak nak bagi berapa....up sikit 85 %.

Dari segi servis untuk produk pelancongan, nampak siam lebih baguih. Bab hala kemaksiat nampak tertib sikit. Setakat kedai kedai massage tak begitu meriah. 

Bab lalu lintas kat ho chi minh nanti aku uplot bidio nya nanti. Memang gila.

Tenet tepon ok jugak. Banyak pilihan 3 bintang aku bagi.

Makan minum terhad. Hanya kat ho chi minh. Tempat tempat lain , usha tak nampak pun.

4 bintang aku bagi untuk kopi ais. Bini aku cukup tau, aku bukannya suka kopi...walaupun dia dok bancuh tiap tiap petang untuk hidangkan pada bapa mentuaku. Ramai orang cakap sedap...aku cuba pun sedap. 4 bintang aku bagi

Ulasan 24 jam.... baru 3 bintang aku punya trip solo redah.