29/08/16

RM 2598.00

tergejut berok aku malam ni. bermula bulan september 2015 hingga hari 29 ogos 2016, aku mula kumpul duit habuan backpack solo, untuk ke mana mana. aku wajibkan pada diri aku duit RM5, RM1 dan duit syiling adalah kewajibpan aku masukkan dalam tabung pada setiap hari. ada hari tak bubuh langsung pun ada.

memang pokai habis bulan ni, mana tak nya macam macam nak guna .  kebetulan lusa aku nak ke vietnam sorang sorang, aku dengan perasaan sedih terpaksa jugak pecah tabung untuk capai hajat. pada molanya perancangan awai nak pecahkan tabung ni bulan 12 ni. tapi apakan daya terpaksa jugak. nak buat camana. keadaan mendesak jugak. seronok jugak bila dapat kira dan dapat banyak ni. RM 1 dapat RM800, RM 5 dapat RM 500, RM 10 dapat RM 600, RM 50 dapat RM 450 , RM 0.50 dapat RM118 , RM 0.20 dapat RM 130 selebihnya duit sekupang. syukur Alhamdulillah.

              

tabung ni aku gunapakai dari penapis ayaq yang dah lama dok terperap kat stor kabinet dapoq. aku gam punya gam gajah.memang payah nak buka.


cabaran memang banyak dalam hal ni. aku nak bagi tau la...ada jugak bulan bulan yang terlalu poket kering , wife aku punya la dok geram ngan tabung dan tuan tabung, cam biasa aku buat hati kering dan pekakkan teliga capang aku ni , serta buat bodo aja. nah hasilnya.... aku dapat jugak buka dengan tergejut berok aku ni.  tak sangka dapat banyak ni, dok pikiaq dapat dalam 600, 700 pun dah ok dah. terima kaseh sayang kerana dedam rasa kat aku ni. ntt kat betnam aku belikan baju baru untuk sayang ya.... 

syukur alhamdulillah...



upah kat anak aku ni sorang lima ringgit habuan bilang
makaseh izzul dan zahirul