betui ka cerita ni...
Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari
negara China telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang
disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar, mereka membawa bersama
isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka
masa panjang. Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor, ribut dan ombak besar telah
melanda Pulau Pangkor. Lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan
sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan
tersebut sering disebut maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena
kejadian tersebut.
walaubagaimana pun, aku pi bertugas. aku punya pungsi esok dan lusa tatau lagi. just ikut dan buat. terima kaseh jugak pada pihak pengurusan pusat ko kedah, jemput aku bertugas. seingat aku, tahun lepas sekali dan tahun ni sekali. apa pun terima kaseh. aku anggap macam pi bercuti dan makan angin.
insya Allah