6/08/16

KANAK KANAK MATI LEMAS

pada jam 11.00 malam 4 ogos 2016. aku memang berada ditempat kejadian. cuma aku dan jarak kejadian hanya sekitar 50 meter. awalnya, memang aku dah menduga pun apa yang belaku. dengan mata yang rabun, usha usha dari jauh, tu pun penuh perembang.

aku dipahamkan kejadian itu belaku dengan tanpa semua yang ada pada kolam berkenaan tak sedar. kanak kanak yang ada pada kolam tu ramai, pengcahayaan pada kolam tu , kureng sikit. sedar tidak sedar arwah lemas dan timbul pada tengah kolam tu.

aku sendiri ziarah arwah...tgk mak arwah sayu. aku pun sama sedih tgk. terfikir dan banyak terfikir... al Fathihah untuk arwah.


cadangan aku untuk pihak yang berwajib :

1. cahaya untuk setiap kolam kat situ perlu cerah dan disuluh dalam berbagai sudut.
2. banyakkan papan tanda peringatan tentang tanggungjawab mak ayah dalam kawasan tu.

dan yang ketiga.... ramai sangat nampak ke hala dating dating dalam kawasan ni...  ambik la tindakan.

berdasarkan kosmo online...

PADANG TERAP - Ke­gembiraan sebuah keluarga bercuti di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui mati lemas malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Ikram Akil Zamzani ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri di salah sebuah kolam air panas berkenaan.Bapa mangsa, Zamzani Zai­nal, 42 berkata, percutian mereka sekeluarga di pusat rekreasi itu dirancang selepas anak bongsu daripada lima beradik itu begitu teruja untuk mandi di kolam air panas sejak tiga minggu lalu.

Menurutnya, dia bersama isterinya, Syahawati Abd. Salim, 41, dan Muhammad Ikram Akil serta dua kakaknya yang ber­usia 15 dan 10 tahun tiba di kolam air panas itu kira-kira pukul 4 petang.“Pada kira-kira pukul 9 malam, Muhammad Ikram Akil turun ke kolam itu bersama dua kakaknya itu dan tidak lama kemudian dia balik untuk berehat di sebuah resort yang saya sewa di kawasan rekreasi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Nerang di sini hari ini. - K! ONLINEhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz4GYpn84Sf