4/08/16

CARI PASAI USIA 40an

la dah jadi syok
dah pandai beli tiket online, hotel online, maklumat pun google aja. dah jadi ketagih dalam jiwa aku. dulu dok berkhayal nak merantau pi mana mana. tapi orang puteh pun haram tak tau, haram tak yakin...tapi tgk tv pilem orang putih mudah paham jugak.
depa kata mengkalau nak jadi backpacker sejati , kena ada beberapa kriteria penting yang mana kalau sepadan maka barulah boleh  habaq kat orang  yang dikatakan seorang backpacker. Antaranya:-
  • hang buat perancangan dan uruskan sendiri semua itinerari anda. Anda pergi biasanya seorang, berdua, bertiga, berempat sahaja. 
  • Anda pergi banyak tempat dalam tempoh yang lama.
  • Takde travel guide atau orang yang lebih terrer yang tunjukkan anda itu dan ini begitu dan begini.
  • Anda biasanya tidur di hostel sahaja, itu paling mewah. Kebiasaannya anda cari peluang untuk tidur percuma, seperti di airport, di dalam bas atau keretapi atau menumpang di rumah orang tempatan ataupun couchsurfing.
  • Anda makan makanan yang sama hampir setiap hari. Roti, maggi, roti, maggi, kebab dan ulang semula.
  • Bagi orang melayu, stok makanan yang mendominasi 3/4 daripada backpack anda. Pakaian hanya 1/4 sahaja.
  • Anda hanya bawa 2-3 pasang pakaian sahaja dan pakai pakaian yang sama untuk beberapa hari.
  • Anda membasuh pakaian di dalam sink di hostel setiap hari.
  • Setiap benda yang anda miliki boleh dimuatkan di dalam backpack anda.
  • Anda berkawan dengan orang baru setiap hari.
  • Anda tidak kisah atau peduli berkongsi bilik tidur dengan 6-7 orang yang tidak dikenali setiap malam di hostel.
  • Air panas dan aircond adalah satu kemewahan ketika backpacking bagi anda.
  • Anda sering komplen. €7 untuk semalam di hostel – murah! tetapi €7 untuk makan malam – mahal nak mampus!
  • Anda tidak shopping. Paling kuat anda beli keychain atau fridgemagnet untuk diri anda sendiri sahaja.
  • Anda berasa pelik jika dikelilingi oleh orang yang bercakap bahasa yang sama dengan anda setiap hari.
  • Pengangkutan utama anda ialah, berjalan kaki diikuti dengan bas, kemudian keretapi.
  • Anda pulang dengan membawa contact rakan-rakan baru dan bukannya barangan shopping atau souvenir.
Sumber: How To Be A Real Backpacker ( aku cedok kat : http://khairulabdullah.com/backpacker-sejati-vs-backpacker-klon )


kesimpulan bagi diri aku

aku ni tak berapa pandai dalam bab bab ni. konsep hemtam dan cuba cari kelainan dalam hidup. setakat la,  dah pi dah 4,5 kali jalan galas beg. modai just RM1k aja. utu yang ada kemampuan pun.