7/08/16

surprise BIRTHDAY MY WIFE




perancangan awal bersama anak-anak nak sambut beday ibu. macam-macam plan dibuat. akhirnya dapat satu idea untuk bawak semua ahli keluarga SBO  ke 
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong .

ulasan kat bawah








Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak Tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari Pekan Baling.
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas berperingkat sesuai untuk semua peringkat umur serta sesuai kepada mereka yang menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat untuk mencari ketenangan serta jauh dari hiruk pikuk kota. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga meyediakan udara yang segar dan nyaman serta jauh dari sebarang pencemaran udara dan alam sekitar.
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.
berbalik pada plan kami.... mola perancang mula dari langkah yang pertama... ajak semua ahli keluarga SBO . nampak gayanya dapat sambutan dari bang long ( Yusuf bin Salleh ) dan terus menerus dapat. semua ahli keluarga. penyertaan ini seramai 18 orang. 

dilla tukang bawak kek dari bilik sebelah

sila saksikan bideo kat bawah