93K budak sekolah takdak lesen mutu. adakah kita semua tergezuz...bagi aku
sebagai cikgu sekolah ,ini perkara yang biasa takdak apa yang nak heran bin
ajaib. Mengkalau kata jpj ka, polis ka…buat spot chek mungkin 90 % budak budak
takdak lesen.
Ini mungkin beberapa faktor
1. Seboknya mak bapak nak urus anak
2. Kewangan keloga dah meningkat, boleh beli 2,3 bijik
mutu
3. Desakan dan ugutan anak sendiri untuk nak naik mutu
pi sekolah.
4. Pengaruh rakan rakan, dok perangat kawan naik mutu
5. Mungkin hat ni… ada orang akan marah…. aktiviti sekolah
kerap sangat waktu petang.
Oleh kerana cukup parah dengan apa yang belaku
la, JPJ (la kisah ngan jpj aja aku, awat taknya , dok ghajin bersama depa )
memperkenaikan mylesen dengan harga RM299 saja. Cukup murah. Dengan program
Mylesen, harga berkenaan jauh lebih murah sekali gus membantu budak budak
sekolah ni boleh dapat lessen disamping selain
menggalakkan mereka yang tidak memiliki lesen mutu
Syarat mudah
ja
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja
- Omoq 16 tahun dan ke atas
- Ada kad pengenalan
- Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis
Senang kan…
tapi, anak aku pun takdak lessen lagi. Hat sulung dijanjikan bulan duabelas ni,
habis spm kut la dok asrama. Hat nomboq dua, dok gatai2 naik kat kampong guna mutu tok wan,
puas larang…dok asrama jugak.
insya Allah..