9/10/16

PUSAT AKUATIK KEDAH @ GUNUNG KERIANG


kali terakhir aku sampai dan jengok kolam ni masa sukma kedah tahun 2006, makna kata dah 10 tahun. aku membayangkan pusat akuatik gunung keriang ni adalah dalam keadaan yang terbaik. tapi malangnya tak macam aku bayangkan.


ayaq kolam, memang terbaik, jernih cantik. aku  masih risau bab kecing tikus. adakah ayaq ni dalam terawat, dan betui betui terjaga .... negatif saja, otak aku katakan... buka apa, kerisauan yang amat dalam bab bab ni.benda tak nampak dan tatau mai mana punya.

Kawasan pusat akuatik ni, dah jadi kawasan terbiaq  dgn rumput2 tak terjaga, kerusi penonton kotoq. banyak besi besi pagaq dah berkarat, laluan jalan masuk berdebu . aku cuba intai intai bilik bilik cermin, memang tak jaga. berat mata menengok, berat otak aku dok beletiaq.

kepada yang berkenaan, tolong ambik perhatian kut.... sayang seibu kali sayang. perbandanan stadium, buatlah satu program yang terbaik... jabatan kesihatan, mai bagi kopident sat, bab ayaq...bimbang saya.

sekian.

2/10/16

SELEPAS NI, SIAPA PULAK...

selepas ni siapa pulak.... soalan yang cukup payah dan menakut untuk dijawab. walau bagaimana tetap akan terjawab nanti. biarlah depa yang jawab.

KEM NUR HIJRAH ditubuhkan oleh tiga orang sahabat yang biasa biasa aja wataknya dan mempunyai satu impian yang besar. amrimi, rahman dan aku. tapak kem dapat dimiliki dengan penuh cabaran dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. akhirnya tercapai dengan permilikan geran atas nama tiga sahabat ini pada 10/12/2010. syukur alhamdulillah.. kepada yang membaca ni, jemputlah datang menziarahi kem nur hijrah, beralamat jalan peranginan batu hampar, yan kedah. mengkalau nak mai, call aku dulu @ 0125787649, takut takut tak jumpa tuan rumah.

berbalik kepada cerita utama, kem nur hijrah punyai keluarga yang besar dan makin membesar. pada ketika ni ( agak aku la ) mungkin sebulan dua lagi akan terima lagi dua lagi cucu menjadikan 4 cucu. tahniah kepada adik adik ( staff KNH ) yang mola membiak dan terus membiak. kita jadikan " kita sebagai keluarga " yang kekal sepanjang hayat. kami abang abang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan keturunan yang terbaik.

cerita pertama


nur zahirah ulfah rasa nya, kalau tak silap kawen pada 2 mei 2015, 
dah ada anak pompuan yang cute. 

cerita  kedua


cik mimi @ cik midah aku agak kawen pada 20 julai 2015, dan
 la pun dah ada baby pompuan yang comei

cerita ketiga



mohd naim , ingat-ingat  aku, depa  kawen pada 11 februari 2016 dengar dengar khabaq 
dah ada isi. sama sama kita berdoa semoga selamat menjaga baby 
dan selamat melahirkan anak sulong.


cerita keempat



hat ni pulak mat arep dan nora , depa dua dua merupakan ahli keloga KNH. dengar kata masa dok bisik bisik tadi ngan wife aku, katanya dah ada isi ... dah tiga bulan, syukur alhamdulillah. semoga dipermudahkan, amin ya Allah.

cerita kelima



ini hari punya, panas lagi. tahniah pada enaz dan faizal. semoga berbahagia hingga ke jannah. 


selepas ini siapa pulak .....jawab sat



apa-apa pun syukur alhamdulillah....


28/09/16

AKU PUNYA ANAK HANTU



aku himpunkan seramai 15 orang dari kelab perahu panjang dan pasukan kadet JPJ bagi cabaran mengadakan rumah hantu.  10 lelaki dan 5 perempuan.


pada mula nya depa depa ni memang syok terbayang macamna nak usik kawan kawan yang masuk rumah hantu @ rumah misteri. nak pekena kawan memang la satu yang amat menyeronokkan.


aku mulakan syarat awal sebelum layak jadi hantu untuk depa ni, antaranya : 
1kerja keras. 2kedatangan penuh sebelum, semasa dan selepas 3niat mau ikhlas, jangan ada ambik kesempatan   4dan ikut arahan aku, sebagai guru tokey rumah hantu.



pendapatan dari rumah hantu memang lumayan. setelah dikira modal dan makan tengahhari semua hantu hantu dapatlah sorang RM 50. memang berbaloi. kerja ngusik orang, menyakat orang dapat lima puluh . ( bagi aku ini bukan lumayan sangat ). pengalaman aku buat ruma hantu di sekolah sekolah lama, lumayan lagi...smk sanglang , smk ayer hitam dan smk kepala batas.nampak beza incomenya.   tapi takpa, ini adalah usaha depa anak anak hantu di smk mergong. banyak benda perlu diperbaiki lagi. namum begitu, you all memang hebat, bangga cikgu kat hampa.

nak buat rumah hantu memang di mulut nampak mudah dan senang. sapa sapa yang ada pengalaman akan cakap," terok sikit ". mana taknya, habis pokok pisang, daun nyok pokok pokok kat sekolah ditebang. ini baru bab pokok dan daun nyok. kat kelas pulak, cabaran utama nya, nak gelapkan bilik...mmg usahanya, bukan main main. tetapi depa ni telah berjaya. tahniah.

hari kejadian, antara benda yang aku utama kan kat hantu hantu ni, aku berpesan, " mengkalau budak jantan masuk, hanya hantu jantan aja yang beraksi dan mengkalau budak pompuan masuk, hanya hantu pompuan aja yang ngusik". syukur alhamdulillah depa dengar cakap. kalau nak ikut aku tak berapa nak percaya.... tapi secara spotcek aku buat, 5, 6 kali...arahan ini diikuti. tahniah untuk hampa semua.

bawahni , gambaq2 depa...aku cuma uplot ja ni:













 syukur alhamdulillah....




24/09/16

BEZA TIGA KAPAL @ TARIKH SAMA



apa pendapat anda semua..... sebenarnya aku sedang cari tiket ke HCM pada 5-9/12/2016. cadangan trip ni, bukan lah solo, tapi bersama adik adik dan sorag anak aku ( iffatul saffiya : hadiah dalam 5A dalam UPSR tahun lepas.

plan nak bersama wife sahaja. tapi wife dah bagi warning awai awai, mengkalau tak pi umrah lagi, trobat dia tamau ikut pi mana mana pun bersama aku. sedih jugak aku. tapi ada kebenaran besar yang tersirat . insyaAllah sampai jugak nanti.

trip ni, cadangannya plan ziarah dan shopping. adik punya plan. aku nak bawak aja depa, pandai pandai nak belanja...cuma aku habaq kat depa, bawak duit banyak, habis banyak. mengkalau nak pinjam kat abang... aku gelak aja lah. aku pun pokai.

takpa...depa dah besar.

cuma aku target bajet untuk depa 5 hari 4 malam , tiket kapai, hostel  bawah RM 400. insya Allah , 

 makan dan shopping ikut napsu...pandai pandai la jaga.


syukur alhamdilillah,,,, 


23/09/16

CERITA GOPENG 3 @ Edisi 3 Jambori Malaysia Kanu Arus Deras 2016




masa aku study kat UPSI , subjek ni aku dapat " - A " ,  awat hampa tak percaya ka. betui aku dapatkannya.

rekod personal aku

sungai kampar 
 perak

sungai padas 
  sabah

sungai kiulu 
sabah

sungai slim 
 perak

sungai sedim
 kedah.

 maksud dan nikmat adalah amat sukar diucapkan..ini kerana kita adalah berbeza






untuk cerita ke gopeng 3, aku malas tulih apa apa, just nak kongsi gambaq aja.       hat mana ada aja ni. ni pon hanya dari kamera aku aja. kamera morah








































































syukur alhamdulillah,,.......