28/09/16

AKU PUNYA ANAK HANTU



aku himpunkan seramai 15 orang dari kelab perahu panjang dan pasukan kadet JPJ bagi cabaran mengadakan rumah hantu.  10 lelaki dan 5 perempuan.


pada mula nya depa depa ni memang syok terbayang macamna nak usik kawan kawan yang masuk rumah hantu @ rumah misteri. nak pekena kawan memang la satu yang amat menyeronokkan.


aku mulakan syarat awal sebelum layak jadi hantu untuk depa ni, antaranya : 
1kerja keras. 2kedatangan penuh sebelum, semasa dan selepas 3niat mau ikhlas, jangan ada ambik kesempatan   4dan ikut arahan aku, sebagai guru tokey rumah hantu.



pendapatan dari rumah hantu memang lumayan. setelah dikira modal dan makan tengahhari semua hantu hantu dapatlah sorang RM 50. memang berbaloi. kerja ngusik orang, menyakat orang dapat lima puluh . ( bagi aku ini bukan lumayan sangat ). pengalaman aku buat ruma hantu di sekolah sekolah lama, lumayan lagi...smk sanglang , smk ayer hitam dan smk kepala batas.nampak beza incomenya.   tapi takpa, ini adalah usaha depa anak anak hantu di smk mergong. banyak benda perlu diperbaiki lagi. namum begitu, you all memang hebat, bangga cikgu kat hampa.

nak buat rumah hantu memang di mulut nampak mudah dan senang. sapa sapa yang ada pengalaman akan cakap," terok sikit ". mana taknya, habis pokok pisang, daun nyok pokok pokok kat sekolah ditebang. ini baru bab pokok dan daun nyok. kat kelas pulak, cabaran utama nya, nak gelapkan bilik...mmg usahanya, bukan main main. tetapi depa ni telah berjaya. tahniah.

hari kejadian, antara benda yang aku utama kan kat hantu hantu ni, aku berpesan, " mengkalau budak jantan masuk, hanya hantu jantan aja yang beraksi dan mengkalau budak pompuan masuk, hanya hantu pompuan aja yang ngusik". syukur alhamdulillah depa dengar cakap. kalau nak ikut aku tak berapa nak percaya.... tapi secara spotcek aku buat, 5, 6 kali...arahan ini diikuti. tahniah untuk hampa semua.

bawahni , gambaq2 depa...aku cuma uplot ja ni:













 syukur alhamdulillah....