22/09/16

CERITA KE GOPENG 2 @ bas, motor dan kereta


sambungan dari CERITA KE GOPENG 1, aku ambik masa jugak untuk sambung, walaupun dah suam suam kuku. bukan apa...aku pi sana hari jumaat (17.9.2016) dan sabtu     (18.9.2016). manakala, hari ahad pagi aku ke kem tasoh perlis untu perkhemahan kadet jpj peringkat kebangsaan 2016 selama 3 hari. letih rasanya....

untuk CERITA KE GOPENG 2 banyak benda yang menarik aku nak ceritakan. macam biasa, awal awal pagi aku menyusahkan wife aku untuk hantarkan aku ke stesen bas shahab perdana kat alor setar. untuk pengetahuan orang orang luar negeri kedah, shahab perdana adalah sinonim kepada tempat naik bas ( stesen bas ), untuk pi mana mana dengan naik bas.

aku cedok lagi kat sini
" This is the main bus terminal of Alor Setar and is located in Shahab Perdana, which is some distance to the Alor Setar town centre. This terminal provides services to and from most locations in Malaysia. To get there the best way is by intercity bus or taxis. Most of bus companies in Peninsular Malaysia provide air-conditioned express bus services. Tickets can be bought at bus terminals or ticket offices. All buses that arrive in Alor Setar stop at Shahab Perdana Terminal Bus, Alor Setar. Those who wish to travel to other towns, including Thailand, can catch their bus at this terminal also. Local bus services are also available. They serve almost all towns in Kedah." 
aku mola naik bas dari alor setar  ke aman jaya ipoh dari pukul 9.30 pagi sampai sana jam 1.30 petang. sesampai sana macam biasa la, aku mola tepon kawan kawan tanya pasai jalan nak pi kampung jahang ( destinasi aku ). berbagai maklumat yang aku dapat.

rupanya bila kita banyak bertanya, mahmudah ada akan dapat. antaranya ini


dari amanjaya  ke medan kidd naik bas nombor 116, harga tiketnya RM 2.10 sampai medan kidd ambik bas nombor 66 terus menghala ke kampar dengan harga tiket RM2.30 dan berenti tengah jalan kat kampung gunung mesah hulu. yang terletak antara jalan ipoh ke kuala lumpur ( jalan lama )


naik bas punya bau macam macam, kalau dikira bau ketiak aku, bau ketiak nepal, bau ketiak bangla...kira nya bau rojak ketiak la, sepanjang perjalanan ke kampung gunung mesah antara jalan ipoh ke kolompo. lebih kurang jam 4.00 petang sampai kat perhentian kg gunung mesah, aku mola menapak kaki...pada anggaran jarak lebih kurang 3 km. sambil jalan , sambil buat muka kerang busuk. akhirnya dapat jugak aku tumpangkan motor seorang abang ni, penduduk kampung...apalagi, naik motor la.



abang ni hantar aku secara percuma sampai ke dataran white water. terima kaseh bro. tapi tempat ni mana sampai lagi, dia pun tatau tempat yang aku nak pi ni. ulu village camp. takpa ini pun dah cukup baik. jimat tapak kaki aku. syukur alhamdulillah. aku melilau cari petunjuk ...jumpa jugak.

dan aku jumpa. dalam hati aku banner ni cantik, ada seni, ada nilai yang tersendiri. aku berazam nak ambik habuan buat kenangan. hahahhah, ( masa balik aku ambik ) jangan marah admin. masa study aku memang hantu banner, mana mana kejohanan atau program yang aku sertai, trobat aku ambik. jangan marah ya...benda dah luput tarikh, halalkan yer...


sementara melilau cari jalan, brader ni ( bang mi ) pun sama jugak...yang beza nya dia naik keta aku menapak. bagusnya, dia tumpangkan aku ke lokasi. syukur sekali lagi aku sampai.

perjalanan aku dari alor setar ke kampung jahang  mengambil masa 7 jam


akhirnya aku sampai jugak untuk menyertai JAMBORI KANU ARUS DERAS. nanti siri 3 aku akan sambungkan, betapa syoknya program ni.


syukur alhamdulillah....