esok aku gopeng perak.
cam biasa, sebelum aku pi , mestilah cuba google apa-apa yang berkaitan untuk pengetahuan aku.
- Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat china yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
- Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan simpang pulai.
aku ke gopeng, asal kisahnya inilah.....
ini detail dia....
moh kite ke gopeng..
Assalam..
moh kite ke gopeng..
Assalam..
Jom meriahkan Edisi 3 Jambori Malaysia Kanu Arus Deras 2016 sebuah jambori yang menghimpunkan seluruh penggiat aktiviti arus deras di Malaysia. Dibawakan oleh Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia, Persatuan Kanu Malaysia. Acara tahunan yang sudah memasuki siri ketiga.Mari bersama menjadi sebahagian daripada sejarah sukan air arus deras di Malaysia melalui Jambori kali ini.Jambori ini turut juga terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Pelbagai acara menarik akan dijalankan selain daripada downriver.
Sungai kampar,Gopeng,Perak menjadi lokasi penganjuran jambori kali ini pada 16 - 17 SEPTEMBER 2016.
Rugi tak join!!
x mahir kayak jeram?boleh turun white water raft ,syokk jgk..nak turun jgk tapi taknak turun rafting,seriau katenye?tak jadi masalah..ade juga yg bawa keluarga,mandi manda..
Jom jadikan jambori edisi 3 kali ini lebih happening daripada edisi lepas..lock the date!.. ada sesuatu yg menarik pd jambori edisi kali ni..tqvm.. jgn risau nubis kubis pun bleh join
dan aku ambil peluang.....
sebagai langkah pertama aku buat adalah menyenaraikan segala keperluar pribadi aku untuk ke sana. nampak mudah aja, dua hari satu malam. tapi persediaan juga sama dengan emapat hari 3 malam...man taknya, kain tuala tetap kena bawak jugak. begitu juga alatan yang lain....berus gigi, kolgate, sikat rambut... seluar kecik dan lain lain. alatan gajet ....hat ni, memang wajib.
untuk ke gopeng... bersama rakan rakan yang lain, memang merancang untuk join kereta.banyak kereta dari kedah akan ke sana. aku mendapat satu pelawaan yang cukup dan amat menarik dari tuan Wan ( bos besar pusat kokurikulum kedah, kem singkir ). terima kasih bang bos. cuma aku memilih utk ke sana , naik bas... " jiwa backpakers" sudah meresapi dalam jiwa aku. kalau kat luar negara aku boleh... pasaipa dalam negara aku tak boleh. aku cuba layan untuk tidak menerima kesenangan... aku beli tiket ke ipoh dengan harga RM 28.00...apa akan belaku esok... tatau lagi.... untuk cerita siri gopeng pertama setakat ini dulu.
terima kaseh
syukur alhaldulillah...