Pembangunan
insan merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang
bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh
setiap insan. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan
fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal
dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material.
Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin
untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.
TADJID FIKHRAH RESOURCES mengorak
selangkah ke hadapan dengan menyediakan program
latihan pembangunan kualiti diri dan organisasi untuk semua peringkat
untuk kakitangan dan pelajar. Diterajui oleh sekumpulan pakar profesional yang
berpengalaman luas dalam menyampaikan latihan di sektor kerajaan, korporat dan
multinasional, TADJID FIKHRAH RESOURCES sangat
komited untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam meningkatkan sumber modal insan
dengan menyediakan latihan yang lebih efektif dan terkini dalam organisasi
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di
mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh
kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'.
(Hadith Riwayat Imam Malik)
#### masa depan sepenuh hatiku